Translations

DERMA IKHLAS ANDA

Saturday, May 8, 2010

Perubahan Waktu Rawatan




Salam ukhwah....... info penting untuk disampaikan.... Menyedari keperluan perkhidmatan rawatan di klinik kami, waktu rawatan telah dikemaskini dan dijalankan selama 7 hari seminggu pada minggu ke-2 dan ke-4 setiap bulan bermula pada Mei 2010. Semoga penyelarasan ini sedikit sebanyak akan menyenangkan hati pelanggan kami yang selama ini menghadapi masalah untuk menunggu terlalu lama disebabkan terlalu ramai pesakit pada setiap hari rawatan. Dengan ini, pesakit dapat membahagikan waktu untuk mendapatkan rawatan disini. Untuk mengelakkan kesesakkan dan ketidakselesaan pesakit, kami mencadangkan pesakit dari jauh seperti negeri2 utara dan timur agar datang untuk mendapat rawatan pada hari Sabtu dan Ahad. Kami juga amat menggalakkan pesakit dari kawasan berdekatan agar datang pada hari biasa bagi mengelakkan kesesakan di klinik. Cara ini dapat mengelakkan pesakit menunggu terlalu lama sebelum mendapat rawatan. 


Kepada semua pesakit yang budiman.....kami warga klinik rawatan alternatif memohon agar sabar  menunggu giliran anda. Dengan hanya seorang doktor, 2 orang pembantu, 3 orang  kerani serta peruntukan 30 katil dan 4 katil kecemasan, kami akan cuba sedaya upaya membantu lebih 100-200 orang pesakit setiap hari. Sila beri kerjasama dan kami akan doakan yang terbaik untuk kesihatan anda semua. Disini, kami juga ingin memohon maaf andai ada kesilapan serta terkasar bahasa dari pihak kami sepanjang sesi perubatan berlangsung. Yang baik datang dari Allah S.W.T dan yang buruk adalah dari kekhilafan kami sendiri.


Semoga anda dikurniakan kesihatan yang baik serta kehidupan yang lebih bagus dari sebelumnya. Amin..........

Sunday, February 28, 2010

Staff Pusat Rawatan Rohaimi

Doktor Rahim

Ustaz Salleh pembantu (MA)






Ustaz Rizal (Wak)

Pusat Rawatan Alternatif ini di tubuhkan pada tahun 2007 diRumah Anak-Anak Yatim Darul-Ai-Tam Telok Mas.






Tuesday, February 23, 2010

Pusat Rawatan Alternatif Rohaimi


PENGASAS PUSAT RAWATAN ALTERNATIF ROHAIMI

Pusat rawatan ini berpusat di Melaka alamat Madrasah Darul Ai-Tam,Km 12 Kg Bukit Pegoh,Pernu Telok mas 74560 Melaka.
Tel : 016-6451080



GAMBAR TEMPAT RAWATAN DI TELOK MAS








Pusat Rawatan Rohaimi ini beroperasi seminggu 5 hari sahaja masa operasinya:


Hari Sabtu dan Ahad dibuka pada pukul 10pagi sehingga 12malam

Hari Isnin sehingga Rabu dibuka pada pukul 2tengahari sehingga 12malam


Hari Khamis dan Jumaat ada lah hari cuti

Rawatan Jarak Jauh juga boleh dilakukan jika pesakit tidak dapat datang kepusat rawatan ini.Pesakit hanya perlu telepon kami dan berikan nama penuh dan hendak lah baring dirumah selama
40minit tidak boleh bergerak .Cara bayaran bagi pesakit yang melakukan rawatan jarak jauh adalah seikhlas anda.Boleh dimasukkan keakaun Bank
Isteri En,Rohaimi Bin Yon/Puan Hindon Jamri
nama akaun bank:Maybank
no akaun bank :154129007234

SEBELUMNYA KAMI MENGUCAPKAN TERIMA KASIH DIATAS SUMBANGAN ANDA ITU .

Rawatan yang pusat kami lakukan seperti masalah dalaman seperti:

sakit jantung,paru-paru,buah pinggang,asma,kanser dan berbagai-bagai lagi.Pusat rawatan kami berkonsepkan Hospital tapi apa yang kami lakukan tidak dapat dilihat dengan mata kasar semua nya secara Ghaib dan tidak penggunakan jin atau pendamping semua perubatan kami hanya memohon pada yang satu iaitu Allah semuanya atas Izinnya.

Kita manusia hanya perlu berusaha dan tawakal yang lain kita serahkan kepada Allah.

SEGALA MASALAH ATAU KETERANGAN YANG ANDA MAHU BOLEH BERIKAN KOMEN ANDA DI BLOG INI
CO.CC:Free Domain