Salam ukhwah....... info penting untuk disampaikan.... Menyedari keperluan perkhidmatan rawatan di klinik kami, waktu rawatan telah dikemaskini dan dijalankan selama 7 hari seminggu pada minggu ke-2 dan ke-4 setiap bulan bermula pada Mei 2010. Semoga penyelarasan ini sedikit sebanyak akan menyenangkan hati pelanggan kami yang selama ini menghadapi masalah untuk menunggu terlalu lama disebabkan terlalu ramai pesakit pada setiap hari rawatan. Dengan ini, pesakit dapat membahagikan waktu untuk mendapatkan rawatan disini. Untuk mengelakkan kesesakkan dan ketidakselesaan pesakit, kami mencadangkan pesakit dari jauh seperti negeri2 utara dan timur agar datang untuk mendapat rawatan pada hari Sabtu dan Ahad. Kami juga amat menggalakkan pesakit dari kawasan berdekatan agar datang pada hari biasa bagi mengelakkan kesesakan di klinik. Cara ini dapat mengelakkan pesakit menunggu terlalu lama sebelum mendapat rawatan.
Kepada semua pesakit yang budiman.....kami warga klinik rawatan alternatif memohon agar sabar menunggu giliran anda. Dengan hanya seorang doktor, 2 orang pembantu, 3 orang kerani serta peruntukan 30 katil dan 4 katil kecemasan, kami akan cuba sedaya upaya membantu lebih 100-200 orang pesakit setiap hari. Sila beri kerjasama dan kami akan doakan yang terbaik untuk kesihatan anda semua. Disini, kami juga ingin memohon maaf andai ada kesilapan serta terkasar bahasa dari pihak kami sepanjang sesi perubatan berlangsung. Yang baik datang dari Allah S.W.T dan yang buruk adalah dari kekhilafan kami sendiri.
Semoga anda dikurniakan kesihatan yang baik serta kehidupan yang lebih bagus dari sebelumnya. Amin..........